Nama:

Noraliza Binti Mohamad Yusof

Umur:

36 Tahun

Email :

-

No. Telefon:

-

Alamat:

-

Tahun menjadi Ahli PI:

 11/09/2013 @ 2013

 

Latar belakang

 

Puan Noraliza Binti Mohamad Yusof merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang cahaya mata perempuan yang berumur 12 tahun.Beliau bekerja sebagai pembantu di kilang membuat kuih bahulu (Azrufin Enterprise). Beliau menjalankan perniagaan menjual kapit secara kecil-kecilan yang dilakukan dari rumah.Beliau menjalankan perniagaan ini sejak Mei 2019 yang lalu,setelah mengikuti pelbagai latihan usahawan di Pusat Internet Felda Palong 2.Beliau tinggal bersama ibu bapanya di alamat no.278 Felda Palong 2.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatan bulanan hanya RM 200.00 sahaja dan jualan hanya diketahui oleh jiran-jiran dan sahabat terdekat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Meningkat kepada RM 400.00 sebulan dan pasaran semakin meluas hasil pelbagai promosi di whatsapp dan facebook.

NORLIZA 1 NORLIZA 2 

NORLIZA 3

 

Nama :

Azizah Binti Johari

Umur :

43 Tahun

Email  :

-

No. Telefon :

-

Alamat :

-

Tahun menjadi Ahli PI  :

 28/03/2019 @ 2019

 

Latar belakang

 

Puan Azizah Binti Johari merupakan anak peneroka di Felda Palong 2.Beliau menetap di Felda Palong 2 kerana menjaga rumah dan kebun milik allahyarham ayah dan ibunya.Beliau bekerja sebagai pembantu di perusahaan membuat kuih bahulu milik salah seorang anak peneroka di Felda Palong 2.Beliau mula menjalankan perniagaan membuat kuih dan muruku sejak Mei 2019 setelah mengikuti latihan keusahawanan di Pusat Internet Felda Palong 2.Tujuan beliau menjalankan perniagaan adalah untuk menambah pendapatan keluarganya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatan bulanan hanya RM 200.00 sahaja dan jualannya hanya diketahui oleh rakan-rakannya.

                                                  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Meningkat kepada RM 400.00 sebulan dan pasaran semakin meluas hasil pelbagai promosi di whatsapp, facebook dan myshop Pusat Internet.

 

AZIZAH 1  ayu apit 2  AZIZAH 3

Nama   : Siti Noraini Binti Abd Rahman                                         Umur   : 34 Tahun

Email   : -                                                No. Telefon     :-

Alamat            : -                                                Tahun menjadi Ahli PI:  2013

Latar belakang

Puan Siti Noraini Binti Abd Rahman merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Palong 3.Beliau pada mulanya datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet,print dan fotostat.Beliau pernah mengikuti pelbagai latihan yang disediakan di Pusat Internet Felda Palong 2 antaranya latihan ICT dan keusahawanan.Akhirnya 6 bulan yang lepas, beliau menjalankan perniagaan menjual tudung shawl dan minuman kesihatan BFF Birdnest secara online.Tujuan beliau menjalankan perniagaan ini adalah disebabkan beliau ingin menambah pendapatan keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan hanya RM 200.00 sahaja dan jualan hanya diketahui oleh jiran-jiran dan sahabat terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Meningkat kepada RM 500.00 sebulan dan pasaran semakin meluas hasil pelbagai promosi di whatsapp dan facebook.

noraini 1  noraini 2  noraini 3

Nama

Siti Nuraina Binti Abdullah

Umur

12 tahun

Email

-

No. Telefon

-

Alamat

-

Tahun menjadi Ahli PI

31.07.2013@ 2013

 

Latar belakang

Siti Nuraina Binti Abdullah adalah merupakan seorang anak tunggal kepada seorang ibu tunggal yang bernama Noraliza Binti Mohd Yusof. Siti Nuraina bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.Beliau dan ibunya tinggal di Felda Palong 2 bersama datuk dan neneknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini datang ke PI Felda Palong 2 untuk menemani rakan-rakannya melayari internet dan juga menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau menjadi ahli PI, beliau telah terlibat dengan pelbagai kelas ICT di PI antaranya asas komputer, Klik Dengan Bijak,dan e-pembelajaran. Beliau juga menggunakan kemahiran yang dipelajarinya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya.Beliau juga sering membantu rakan-rakan yang tidak mahir menggunakan komputer

AINA 1  AINA 2

 

 

Nama :

Haizul Izhar Bin Ismail

Umur :

40 Tahun

Email :

-

No. Telefon:

-

-

 

Tahun menjadi Ahli PI:

 11/12/2013 @ 2013

 

 

Latar belakang

En.Haizul Izhar merupakan anak peneroka Felda Palong 3.Beliau pada mulanya hanya datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet,print dan fotostat.Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu mengenai asas komputer dan latihan keusahawanan.Berbekalkan dengan kemahiran yang beliau miliki disamping ilmu mengenai keusahawanan yang dipelajari.Beliau akhirnya membuka perniagaan memasang dan membaiki aircond rumah dan kenderaan.Kedai beliau kini beroperasi di Simpang Besar Felda Palong 4,5 dan 6. Kedai ini sudah beroperasi hampir 6 bulan yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan hanya RM 500.00 sahaja dan perkhidmatannya hanya diketahui oleh rakan-rakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Meningkat kepada RM 1,000.00 sebulan dan pasaran semakin meluas hasil pelbagai promosi di whatsapp, facebook dan myshop Pusat Internet.

haizul 1

haizul 3

haizul 2