PENDIDIKAN

Pendidikan

Terdapat sebuah sekolah rendah yang terdapat di Felda Palong 2 iaitu Sekolah Rendah Felda Palong 2. Ia diketuai oleh Guru Besarnya yakni En. Kamaruzaman Bin Mohd Bali.Sekolah ini mempunyai 20 Orang Guru .Sesi pembelajarannya hanyalah pada waktu pagi sahaja.

Sumber : En.Kamaruzaman Bin Mohd Bali (Guru Besar SKP2)

 

 

Selain daripada sekolah rendah, terdapat juga Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 2 bagi pelajar-pelajar sekolah Menengah daripada Tingkatan 1 sehingga 5. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1984. Visi utama sekolah ini adalah Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang. Misinya adalah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Sehingga kini sekolah ini telah mempunyai 14 Orang Pengetua dengan Pengetua terkini adalah Tuan Zainordin Bin Abu Bakar. Sesi persekolahannya adalah pada sesi pagi sahaja. 

       SMK Felda Palong 2

Sumber Pn Latipah Binti Hj Mansor (GPK 1 SMK Palong 2)

 

P1010219

SMK Palong 2