Pusat Internet Felda Palong 2 merupakan Pusat Internet di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM). Pusat Internet ini mula beroperasi pada Mei 2013 dan diketegorikan Pusat Internet Fasa 4 (telephony). Lokasi Pusat Internet ini terletak di dalam kawasan Masjid Kariah Felda Palong 2. Petugas Pusat Internet Felda Palong 2 terdiri daripada seorang Pengurus dan juga seorang Penolong Pengurus. Pengurus PI ini adalah En. Mohd Azahari Bin Abdullah manakala Penolong Pengurus adalah Puan Nor Azimah Binti Abdul Aziz.