







Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- 1-Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- 2- Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- 3-Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- 4-Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- 5-Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- 6-Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
MASALAH MENTAL
Masalah kesihatan mental boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa mengira usia, warna kulit, bangsa dan tahap pendidikan.
Masalah kesihatan mental bukan bermakna penghidapnya lemah yang menyebabkan mereka perlu didiskriminasi.
Sebaliknya sokongan, nasihat dan perhatian mampu memberi ruang untuk mereka melalui kehidupan normal seperti orang lain.
Masih ada segelintir masyarakat yang salah faham dan menyamakan masalah kesihatan mental dengan kurang waras atau gila.
Persepsi negatif ini menyebabkan individu yang mengalami masalah kesihatan mental menderita dalam senyap dan sering diketepikan masyarakat.
Masyarakat perlu disedarkan bahawa semua pihak bertanggungjawab membantu individu yang berada dalam krisis gangguan kesihatan mental.
Mereka tidak seharusnya dibiarkan, sebaliknya ahli keluarga atau rakan perlu membantu seperti membawa berjumpa ahli psikiatri atau kaunseling.
KKM menyediakan perkhidmatan kaunseling di klinik-klinik kesihatan seluruh negara. Dapatkan maklumat di klinik kesihatan berdekatan anda untuk temu janji dengan pegawai psikologi kaunseling.
sumber : malaysia goverment call center
KLINIK DESA FELDA PALONG 2.
Klinik ini mempunyai seorang jururawat. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Kesihatan ini adalah pemeriksaan bagi ibu mengandung dan bayi yang baru lahir. Bagi lain-lain perkhidmatan, ianya hanya dilakukan di Klinik Kesihatan Felda Palong 4, 5 dan 6 yang terletak hampir 10 kilometer daripada Felda Palong 2 ini.