Salam sejahtera Tuan/Puan,

Untuk makluman, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen  Media Sosial #SayangMalaysia  melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.

Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih). Untuk makluman, peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018 dan berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan tersebut:

No.

Tajuk Subtema

Tarikh Pertandingan

1

#MyCuisine

Januari hingga Februari (berakhir 28 Februari 2018);

2

#MyDestination

Mac hingga April

3

#MyCulture

Mei hingga Jun

4

#MyShopping

Julai hingga Ogos

5

#MyHeritage

September hingga Oktober

6

#MyFamilyFun

November hingga Disember

Bersama-sama ini kami lampirkan poster pertandingan untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia.

MyDestination bm

Daerah Jempol merupakan daerah yang terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 148,277.31 hektar yang disempadani beberapa daerah seperti Jelebu, Tampin, Kuala Pilah, Segamat Johor dan juga Bera di Pahang. Pentadbiran bagi kawasan Daerah Jempol boleh dibahagikan kepada dua iaitu kawasan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Jempol dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) iaitu jabatan Perancangan bandar dan Desa Negeri Sembilan. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Jempol meliputi seluas 27,351.61 hektar manakala pentadbiran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan meliputi seluas 120,925.70 hektar. Sehingga kini terdapat sebanyak 3850 orang penduduk Felda Palong 2 yang merangkumi penduduk pelbagai kaum seperti Melayu sebanyak 83%, Cina 10%  dan india 7%.Felda Palong 2 terletak dibawah kawasan Parlimen Daerah Jempol yang diwakili oleh Yang Berhormat Datuk Mohd. Salim Bin Mohd Sharif.Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, Felda Palong 2  adalah di bawah DUN  Jeram Padang yang diwakili oleh Yang Berhormat Dato' Manickam A/L Letchuman. Felda Palong 2 adalah di bawah Felda dan diuruskan oleh Encik Abdul Rahman Bin Haron sebagai Pengurus Felda Palong 2.Untuk makluman kini jawatan Pengerusi MPKK Felda Palong 2 dipegang  oleh En.Mat Wan Bin Jamil.

 

Sumber En. Abdul Halim (Pegawai Felda Palong 2)