Menurut sejarah, kawasan Palong merupakan kawasan perlombongan emas pada masa dahulu. Emas tersebut dikeluarkan dengan menggunakan peralatan yang dinamakan Palong. Penubuhan Felda pada tahun 1956 melalui usaha mantan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussien telah menjadi titik tolak kepada peningkatan ekonomi orang melayu di luar bandar.Apabila Felda membuka kawasan ini, maka nama Palong telah digunakan bermula daripada Palong 1 sehingga Palong 16. Oleh itu, Felda Palong 2 juga tersenarai dalam Felda Palong ini. Sektor Ekonomi utama penduduk di kawasan ini adalah pertanian yakni hasil getah dan juga kelapa sawit. Secara puratanya pendapatan penduduk dikawasan Felda Palong 2 ini adalah sebanyak RM 751 kepada RM 1500.
Berikut merupakan maklumat ringkas Felda Palong 2
Daerah : Jempol
Mukim : Jeram Padang
Parlimen : Jempol
YB Dato Haji Mohd Salim Bin Sharif (Ahli Parlimen Jempol)
Sumber : www.yahoo.com/images
DUN : Jeram Padang
YB Dato’ Manickam A/L Letchuman (Pengerusi J/Kuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Kampung-Kampung Baru –Exco Kerajaan Negeri Sembilan)
Sumber: http://online.ns.gov.my/edirektori/carian_papar_kotakE.php?id=2
Pentadbiran : Felda Wilayah Raja Alias
En. Yusof Bin Mohamad
Pengurus Felda : En.Nazarudin Bin Alwi
Pengerusi JKKK :
Pengerusi GPW :
Maklumat Asas Kawasan dan Peneroka
Perkara |
Maklumat |
Luas Kawasan Tanaman |
2151.39 Hektar |
Luas Kawasan Kampung |
146.54 Hektar |
Jumlah Blok |
26 Blok |
Jumlah Peneroka |
534 Orang |
Bilangan Peneroka Mengikut Kaum
Kaum |
Jumlah |
Melayu |
446 Orang |
Cina |
51 Orang |
India |
37 Orang |
Jumlah Keseluruhan |
534 Orang |
Kumpulan Umur
Bil |
Umur |
Jumlah |
1 |
< 12 Tahun |
500 |
2 |
12-17 Tahun |
500 |
3 |
18-25 Tahun |
200 |
4 |
26-40 Tahun |
791 |
5 |
41-58 Tahun |
791 |
6 |
>58 Tahun |
1068 |
Jumlah Keseluruhan |
3850 |