1)

Nama:

Emylia Binti Jamaludin

Umur :

31 Tahun

Email :

-

No. Telefon:

-

Alamat :

-

Tahun menjadi Ahli PI :

 07/11/2017 @ 2017

Latar belakang

 

Cik Emylia merupakan seorang jurugambar bebas sejak 4 tahun yang lalu.Idea menjalankan perniagaan ini kerana melihat rakan-rakannya yang terpaksa membayar perkhidmatan jurugambar pada harga yang tinggi dan tidak setimpal dengan hasil gambar yang diterima. Niatnya adalah untuk membantu meringankan beban mereka yang tidak mampu membayar khidmat jurugambar dengan hanya membayar perkhidmatannya pada harga yang mampu milik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatan bulanan hanya RM 500.00 sahaja dan perkhidmatannya hanya diketahui oleh rakan-rakannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Meningkat kepada RM 1,000.00 sebulan dan pasaran semakin meluas hasil pelbagai promosi di whatsapp, facebook dan instagram.

emylia emylia 2

2)

Nama :

Puan Idayu Binti Ismail

Umur :

36 Tahun

Email :

-

No. Telefon:

-

Alamat :

-

Tahun menjadi Ahli PI:

 

28/3/2014 @ 2014

 

Latar belakang

 

Puan Idayu Binti Ismail adalah merupakan isteri kepada anak peneroka Felda Palong 2 iaitu En. Norhafiz Bin Sulaiman. Wanita berusia 36 tahun ini mempunyai 4 orang cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 14 hingga 2 tahun. Beliau menceburi bidang perniagaan menjual bouquet hadiah hari jadi ini sejak setahun yang lalu. Idea perniagaan ini adalah hasil daripada berita-berita yang tular diinternet yang menjadi inspirasi untuk beliau menjalankan perniagaan ini.Perniagaan ini hanya dilakukan dirumahnya di No. 419 Felda Palong 2.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatan bulanan hanya RM 300.00 sahaja dan jualan hanya diketahui oleh jiran-jiran dan sahabat terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Meningkat kepada RM 500.00 sebulan dan pasaran semakin meluas hasil pelbagai promosi di whatsapp dan facebook.

ayu apit 1 ayu apit 2

3)

Nama :

Muhammad Khairil Irfan Bin Nor Anuar

Umur :

13 Tahun

Email :

tiada

No. Telefon:

tiada

Alamat :

-

 

Tahun menjadi Ahli PI :

15.03.2014@ 2014

 

Latar belakang

Muhammad Khairil Irfan Bin Nor Anuar adalah merupakan cucu peneroka Felda Palong 2.Beliau berusia 13 tahun dan merupakan anak sulung daripada 4 adik beradik lelaki. Ayahnya merupakan kakitangan kerajaan, manakala ibunya adalah suri rumah sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini datang ke PI Felda Palong 2 untuk menemani rakan-rakannya melayari internet dan juga menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau menjadi ahli PI, beliau telah terlibat dengan pelbagai kelas ICT di PI antaranya asas komputer, Klik Dengan Bijak,dan e-pembelajaran. Beliau juga menggunakan kemahiran yang dipelajarinya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya.

IRFAN