1.

Nama

Faziyah Binti Dahlan

Umur

40 Tahun

Email

-

No. Telefon

-

Alamat

-

Tahun menjadi Ahli PI

31/03/2019 @ 2019

 

Latar belakang

 Puan Faziyah Binti Dahlan merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak perempuan yang berusia antara 10 tahun hingga 19 tahun.Puan Faziyah juga bekerja sebagai pembantu di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 2.Beliau turut menjalankan perniagaan sampingan iaitu membuat kuih kek dan juga pelbagai jenis biskut sama ada untuk perayaan mahupun harian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Pendapatan bulanan hanya RM 200.00 sahaja dan perkhidmatannya hanya diketahui oleh rakan-rakannya.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Meningkat kepada RM 500.00 sebulan dan pasaran semakin meluas hasil pelbagai promosi di whatsapp, facebook dan myshop Pusat Internet.

kak faziyah 1kak faziyah 2kak faziyah 3

 

2.

Nama

Nurul Zawani Binti Jamburi

Umur

33 Tahun

Email

-

No. Telefon

-

Alamat

-

Tahun menjadi Ahli PI

11/01/2017 @ 2017

 

Latar belakang

Puan Nurul Zawani Binti Jamburi merupakan seorang kakitangan KEMAS.Beliau merupakan guru yang mengajar kemahiran kepada golongan wanita di kawasan DUN Jeram Padang. Antara kemahiran yang diajar adalah masakan,anyaman,gubahan dan lain-lain lagi.Beliau pada mulanya datang ke Pusat Internet untuk melaksanakan tugasannya, namun setelah diberi pendedahan oleh pihak petugas, kini beliau turut menjalankan perniagaan pembuatan makanan antaranya kuih bahulu gulung dan lapis,muruku dan kek.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan hanya RM 500.00 sahaja dan jualan hanya diketahui oleh jiran-jiran dan sahabat terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Meningkat kepada RM 1,000.00 sebulan dan pasaran semakin meluas hasil pelbagai promosi di whatsapp dan facebook.Apabila tibanya musim perayaan dan perkahwinan pendapatan meningkat melebihi nilai tersebut.

cikgu wawa1cikgu wawa2cikgu wawa3

 

3.

Nama

Nur Fashya Alya Binti Hasnol Eaidi

Umur

13 Tahun

Email

-

No. Telefon

-

Alamat

-

Tahun menjadi Ahli PI

06.08.2015@ 2015

 

Latar belakang

Nur Fashya Alya Binti Hasnol Eaidi merupakan pelajar tingkatan 1 SMK Felda Palong 2.Anak kedua daripada 4 orang adik beradik ini rajin membantu ibu dan bapanya yang menjalankan perniagaan kedai makan di Felda Palong 2.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini datang ke PI Felda Palong 2 untuk menemani rakan-rakannya melayari internet dan juga menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau menjadi ahli PI, beliau telah terlibat dengan pelbagai kelas ICT di PI antaranya asas komputer, Klik Dengan Bijak,dan e-pembelajaran. Beliau juga menggunakan kemahiran yang dipelajarinya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya.Beliau juga sering membantu rakan-rakan yang tidak mahir menggunakan computer.

fasha 1fasha 2fasha 3