Kedai Kak Jun menjual pelbagai makanan ringan seperti buah jambu batu,tempe goreng, air jambu dan air batu campur. Antara makanan yang popular di kedai ini adalah buah jambunya yang diletakkan dengan serbuk buah istimewa buatan tangan Puan Jun sendiri.Bagi penggemar makanan ringan, tempe goreng adalah antara makanan yang sedap untuk dimakan kerana tepungnya yang enak dan sosnya yang sedap. Untuk merasai kenikmatan makanan ringan di kedai kak jun lokasinya mudah sahaja hanya di No.535 Felda Palong 2,73450 Gemas,Negeri Sembilan.