Kedai Faridah atau lebih dikenali Kedai Faridah Corner (KFC) popular dikalangan penduduk warga Felda Palong 2. Kedai yang telah lama beroperasi ini terletak di persimpangan masuk ke kawasan blok C Felda Palong 2, ianya juga berhampiran dengan Sekolah Rendah Felda Palong 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 2. Kedai ini, menawarkan pelbagai jenis makanan terutamanya untuk sarapan pagi, makanan tengahari dan minuman petang. Beroperasi bermula pada jam 6.30 pagi hingga 6.00 petang pada hari isnin hingga jumaat dan tutup pada setiap sabtu dan ahad. Makanan popular adalah mee soto, nasi ayam. Harganya yang ditawarkan sangat berpatutan.