Events Calendar

E -PEMBELAJARAN Dan KDB
Sunday, July 31, 2016, 09:00am - 01:00pm
Hits : 11

Kelas selama 4 jam ini disertai oleh ahli Pusat Internet 1Malaysia yang berdaftar terdiri dari pelajar sekolah rendah. Kelas dibahagi dengan beberapa segmen. Jam pertama, peserta mendengar taklimat berkenaan pengenalan program advocacy yang dicetuskan oleh pihak SKMM iaitu Klik Dengan Bijak (KDB). Jam kedua,peserta mendapat penerangan berkenaan program KDB yang bertajuk Langkah Melaporkan Penyalahgunaan di Internet. 2 jam seterusnya, pelajar mengikuti kelas E-Pembelajaran atau pembelajaran interaktif. Peserta melayari portal http://www.latihtubi.com/v2/login dan http://www.tutortv.com.my/upsr/. Kelas ini membantu peserta dalam mengulangkaji dalam setiap subjek.