Kawasan Felda Palong 2 mempunyai pelbagai produk makanan. Antara produk makanan yang popular di sini adalah Kuih Bahulu.

IMG 20150212 075007

Bahulu Ija

Asal Usul Bahulu Kuih Bahulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya. Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu. Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Zaman sekarang pelbagai corak bahulu samada tradiosional atau moden mengikut citarasa masyarakat kini.

Antara Pengusaha terkenal di Felda Palong 2 ini adalah Puan Norhamiza Binti Mhd Nor. Kuih bahulu yang dihasilkan khusus untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, pertunangan, kesyukuran, tahlil dan lain-lain lagi.Pasaran Ija Bahulu ini bukan sahaja di Felda Palong 2 malahan ianya mendapat tempahan daripada peminat bahulu di Seremban. Puan Norhamiza memperoleh pendapatan antara RM500.00 hingga RM 800.00 sebulan. Untuk tempahan sila hubungi Puan Norhamiza di talian 017- 383 6057