BERIKUT ADALAH KISAH KEJAYAAN PI FELDA PALONG 2 UNTUK SUKU TAHUN KE-3 2017

1. USAHAWAN PERKHIDMATAN SEWA LORI DAN MEMBAIKI PETI SEJUK

NAMA :  MOHD SHUKRI BIN PATANI @ABDULLAH

UMUR :  33 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI : 2015

Latar belakang

 

En. Mohd Shukri adalah seorang usahawan yang mempunyai perniagaan kedai runcit yang bernama Jaiz Supplier. Pada masa yang sama, beliau turut menjalankan perniagaan lain seperti sewa lori dan kereta untuk mengambil dan memindahkan barang. Beliau juga turut menjalankan perniagaan membaiki peti ais.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500.00 hinga RM 1000.00 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kursus keusahawanan yang diikuti, pendapatan meningkat sehingga RM 2000.00 sebulan. Pasaran juga meluas sehingga pernah mendapat perkhidmatan sewa lori ke Terengganu dan Johor Bahru.

IMG 20170607 WA000020431693 1793757180916174 2067566630496809707 n

2. USAHAWAN MAKANAN RINGAN (KUIH POPIA GORENG)

NAMA :  NURUL AIN BINTI AB KARIM

UMUR :  28 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI : 2015

Latar belakang

 Merupakan anak peneroka yang bekerja sebagai kerani di syarikat Azrufin Enterprise. Selain daripada kerja perkeranian, Cik Nurul Ain mahir membuat kuih popia goreng. Popia goreng yang dihasilkan sedap dan mendapat permintaan penduduk sekitar Felda Palong 2. Popia istimewa yang dihasilkan mengandungi isi cendawan butang, sosej, mayonis. Popia goreng ini hanya RM 2.00 sekeping.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Popia istimewa ini hanya disebarkan melalui “mulut ke mulut” sahaja iaitu hanya disampaikan kepada rakan-rakan dan saudara mara yang terdekat. Pendapatan hanya sehingga RM 50.00 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini berjaya meluaskan perniagaanya sehingga ke seluruh kawasan Felda Palong 2 dan ke Gemencheh Negeri Sembilan. Produknya kini dipasarkan melalui aplikasi myshop. Pendapatan meningkat sehingga RM 100.00 sebulan.

DSCN0499IMG 20170810 1844581

 

3.ICT - MUHAMMAD HAIQAL BIN MUHAMMAD NASRI

NAMA :  MUHAMMAD HAIQAL BIN MUHAMMAD NASRI

UMUR :  11 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI : 2013

Latar belakang

 

Muhammad Haiqal Bin Muhammad Nasri adalah pelajar darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Felda Palong 2. Beliau adalah pelajar 5 Genius dan merupakan cucu kepada peneroka Felda Palong 2. Bapanya seorang penoreh getah dan ibunya bekerja sebagai pembantu di kantin sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau pada mulanya datang ke Pusat Internet Felda Palong 2 hanya bertujuan untuk meneman rakan-rakan dan hanya menonton youtube sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini beliau sedang mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di PI antaranya Asas Komputer, E-Learning dan telah mahir menggunakan komputer

DSCN0091DSCN0404