1)  Nama :            En. Mohd Shafid Bin Hamzab            Umur :            30 tahun

     Email :            -       No. Telefon :  -

    Alamat : -

    Tahun menjadi Ahli PI : 10/09/2017 @ 2017

Latar belakang :

En. Mohd Shafid adalah seorang graduan didalam bidang perubatan di Indonesia. Beliau menjalankan perniagaan membuat kuih kapit ini bersama-sama kakak dan abang iparnya. Perniagaannya beroperasi di rumah ibu bapanya di No. 15 Felda Palong 1, 73440 Gemas, Negeri Sembilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Produk ini hanya dijual di sekitar kawasan berhampiran sahaja dan diletakkan di kedai-kedai dan stesen minyak di Felda Palong 1.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500.00 hingga RM 1000.00 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:

Melalui kursus keusahawanan yang diikuti, pendapatan meningkat sehingga RM 2000.00 sebulan. Pasaran juga meluas ke seluruh kawasan Felda Palong 1 hingga 16, pada masa yang sama, ianya menjangkau sehingga ke Johor Bahru dan Terengganu.

 

SYAFIK  

 

2)     Nama :   Junainah Binti Johan           Umur :            35 tahun

        Email :  -   No. Telefon:   -

       Alamat: -

      Tahun menjadi Ahli PI :  16.07.2017 @ 2017

           

Latar belakang :

Merupakan menantu kepada peneroka Felda Palong 2 yang berasal daripada Jementah, Segamat Johor. Seorang suri rumah sepenuh masa dan suaminya bekerja sebagai seorang anggota bomba di Balai Bomba Gemas, Negeri Sembilan.Puan Junainah ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berusia 6 hingga 10 tahun.Puan Junainah menjalankan pelbagai perniagaan ini dari rumahnya di alamat no. 535 Felda Palong 2, Gemas Negeri Sembilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum ini, puan Junainah hanya menjalankan perniagaan ini disekitar kawasan rumahnya sahaja dan pasaran terhad dikawasan tersebut. Pendapatan yang diterima hanya sekitar RM 100.00 hingga RM 400.00.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Kini berjaya meluaskan perniagaanya sehingga ke seluruh kawasan Felda Palong 2, kedainya juga sering dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Felda Palong 2 dan yang berdekatan. Produk lain juga mendapat permintaan yang tinggi daripada penduduk sekitar. Pendapatan meningkat sehingga RM500.00.

 

JUNAINAH

 

 

3) 

Nama : Mohamad Nur Shazwan Bin Salim                           Umur : 11 Tahun

Email :   -                                 No. Telefon : Tiada

Alamat : -

Tahun menjadi Ahli PI1M : 11.10.2015@ 2015

           

Latar belakang :

Mohamad Nur Shazwan Bin Salim adalah pelajar tahun lima di SK Palong 2 (Felda). Beliau bersama seorang lagi adiknya tinggal bersama datuk dan neneknya yang merupakan seorang peneroka di Felda Palong 2.Ibu bapanya bekerja dan tinggal di Putrajaya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau pada mulanya datang ke Pusat Internet Felda Palong 2 hanya bertujuan untuk meneman rakan-rakan sambil menonton rancangan yang diminati di Youtube.

           

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:

Kini beliau sedang mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di PI1M antaranya Asas Komputer, E-Learning dan telah mahir menggunakan komputer.

 

shazwan