Tarikh : 02 Jun 2018
Masa : 10 Pagi
Peserta : 9 Orang
Lokasi : Bilik Latihan PI1M Felda Palong 2
Tujuan : Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, Peserta menggunakan Microsoft Publisher untuk mereka kad ucapan raya.
Aktiviti : Peserta menggunakan template kad ucapan dan memilih versi Ramadhan sebagai pilihan membuat kad. Peserta menggunakan clip art untuk mencari bahan gambar yang bersesuaian berserta kata - kata yang berkaitan suasana raya.
Tarikh : 19.05.2018
Masa : 10.00 Pagi
Peserta :8 Orang
Lokasi: Bilik Latihan PI1M Felda Palong 2
Tujuan : Memberi peluang kepada isi rumah berpendapatan rendah menjana pendapatan lebih melalui peluang - peluang pekerjaan secara online.
Aktiviti : Peserta di beri penerangan berkenaan objektif, fungsi, jenis tugasan yang ada, dan matlamat tentang program E-Rezeki. Peserta dibimbing
membuat akaun E-Rezeki secara percuma. Peserta dilatih dan diterangkan jenis - jenis pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran
yang peserta miliki.
Tarikh : 05 Mei 2018
Masa :9.00 Pagi
Peserta : 6 Orang
Lokasi : Bilik Latihan PI1M Felda Palong 2
Tujuan : Memperkenalkan pembelajaran alam maya iait pembelajaran atas talian iaitu VLE Frog.
Aktiviti : Peserta mengakses Frog VLE untuk mendapatkan bahan untuk pembelajaran dan mengulangkaji. Peserta menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka disamping berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Tarikh : 12 Mei 2018
Masa: 9.00 Pagi
Peserta : 5 Orang
Lokasi : Bilik Latihan PI1M Felda Palong 2
Tujuan : Memperkenalkan pembelajaran alam maya iaitu pembelajaran atas talian iaitu Kahoot.it.
Aktiviti : Peserta membuat latih tubi berkenaan soalan - soalan yang berkaitan dengan bulan Ramadhan. Ini merupakan salah satu cara untuk peserta membuat persediaan untuk berpuasa.
Tarikh : 21 April 2018
Masa : 9.00 Pagi
Peserta : 8 Orang
Lokasi : Bilik Latihan PI1M Felda Palong 2
Tujuan : Memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada peserta
Aktiviti : Peserta diberi penerangan secara menyeluruh kewujudan aplikasi ini berserta komponen - komponen yang ada pada Dashboard Komuniti. Peserta turut menjawab kuiz bagi menguji kefahaman peserta berkenaan aplikasi ini. Peserta turut membuat pemeriksaan tekanan darah dengan menggunakan peralatan I-Health.