Taman reakrasi D’Amaya yang sebelum ini dikenali sebagai taman reakrasi Jeram Panjang yang merupakan salah satu produk pelancongan yang terletak berhampiran Felda Palong 2 jarak antara Felda Palong 2 ke Taman Rekreasi hanya 29 KM sahaja dengan perjalanan mengambil masa 25 hingga 30 minit. Berdekatan dengan kampung ini, wujudnya batu sempadan yang dikatakan sebagai titik pertemuan 3 Negeri iaitu Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Sebenarnya batu sempadan ini telah ditemui oleh penduduk kampung sebelum pegawai dari Jabatan Tanah dan Daerah Jempol mengesahkan ia adalah batu sempadan yang membabitkan 3 negeri. Taman rekreasi ini sesuai untuk pelbagai aktviti riadah bersama keluarga. Sungai yang semakin cantik dan juga terdapat pelbagai kemudahan yang telah dibina dikawasan ini.

Artikel Penuh: http://www.orangnogori.com/sejarah-kampung-jeram-panjang-jempol-titik-lokasi-3-negeri.html
© orangnogori.com

DAmayaJeram Panjang